Bismillahir-Rahmaanir-Rahim
...
Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah
binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil
untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w.
Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau
Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas
sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu
jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku
me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi
khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah
seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada
bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan
itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.
Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut
dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa
mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan
kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan.
Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di
pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang
sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa
engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya:
“Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki,
pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia
pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan
oleh binatang itu.
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat
besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari
tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya
sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti
raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku
pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa
Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa
kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu
bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.
“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang
sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya
siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai
kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini,
sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang
kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”
Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja
mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan
itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan
maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu
berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar
tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku
tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?”
Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab:
“Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan
kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata:
“Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?”
Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu
bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab:
“Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau
begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa
Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal
mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku
terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi
izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh
malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak
dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka
aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w
menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak
dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku
sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan
saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada
kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat
dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak,
bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil
menunjuk ke arah timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa
Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan
datang dari Khurasan atau Asfihan.
KHUTBAH RASULULLAH PERIHAL DAJJAL
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:
“Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda
banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak
ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah
yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada
mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan
kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi
(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah
kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang
sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT
akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat
antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali.
Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan
kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku
kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya
sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia
mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu
lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak
cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu
tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau
buta huruf.
“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa
syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu
neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya,
hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca
pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang
membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada
orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah
lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang
Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah
atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya
berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang,
yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai:
“Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan
kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian
Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang
kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau
adalah musuh Allah.”
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia
termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya
juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia
suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan
termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke
perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka
disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang
percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan
yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun
menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang
tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak
dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani
menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke
pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi.
Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi
tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang
sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota
Madinah.
Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu
daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka
mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu
tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka.
Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya.
Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh
langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan
tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka
subur.”
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w
bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun
orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang
yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w
ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya
Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah.
Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali.
Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing
kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang
paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah
membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari
Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku
ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa
menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal,
maka saya takut mendengarnya.”
Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang
pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau
dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w
bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan
jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu
hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada
satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari
biasa.”
Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari
yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?”
Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata:
“Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah
kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga
satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari
itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari
itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi
kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka
selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat
puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam
yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal
hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut
ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000
kaum wanita.Wallahu A’lam.
Semoga bermanfaat bagi yang membacanya .....
Translate
Archive
-
▼
2013
(120)
-
▼
Oktober
(33)
- Saluran Pemasaran
- MANAJEMEN TERNAK POTONG
- PENAMPILAN REPRODUKSI SAPI
- BIRAHI PADA TERNAK RUMINANSIA
- Keramas Tiap Hari Membuat Rambut Kering
- Atasi Rambut Kering Anda
- Beberapa Fakta Bulan Ramadhan Diberbagai Negara
- Pidato Pelantikan Abu Bakar Ash Shiddiq Sebagai Kh...
- Tanda Tanda Orang yang Akan Meninggal
- 7 Manusia yang Mendapat Perlindungan Allah (Muslim)
- Keagungan Bulan Rajab
- 7 Negara Dengan Durasi Puasa Terlama dan Terpendek
- Rahasia di Balik Urutan Tinggi Jari ( Muslim )
- Manfaat Shalat Tahajud
- Salah Satu Tanda Mendekatnya Hari Kiamat Hancurnya...
- Sholawat Munjiyat
- Kisah Seorang Imam Masjid di London
- Terciptanya Anjing dan Asal-usul Mengapa Anjing Ja...
- ASAL USUL AD-DAJJAL ...
- 7 Kebiasaan Sehat Rasululloh SAW Sepanjang Hari
- FAKTA MENAKJUBKAN TENTANG WUDLU
- Mekkah Ternyata Pusat Bumi !
- Macam-Macam Azab Kubur
- KEAJAIBAN DUNIA KETIKA RASULULLAH SAW DILAHIRKAN
- 7 KEISTIWEWAAN SHALAT SUBUH
- Rahasia Dibalik Surah Al Kautsar
- AMALAN DOA PENDEK PENGUSIR JIN
- KISAH NYATA: Lelaki YAHUDI Mendapat Hidayah PELUK ...
- KISAH NYATA: Cahaya Dari Kubur Hingga Ke Langit
- KISAH NYATA: Rasulullah S.A.W Di Masjid Nabawi
- KISAH BENAR: AIRMATA Seorang RASUL, Kerana Umatnya...
- Kisah Rasulullah S.A.W Sewaktu Ajal Menjemput Baginda
- KISAH NYATA : Pohon Yang Pernah Menaungi Rasululla...
-
▼
Oktober
(33)
Jumat, 18 Oktober 2013
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
About Me
Entri Populer
-
I. PENDAHULUAN A. Latar Belakang Berbagai permasalahan sering mengganggu kesehatan ternak, baik itu serangan penyakit, ga...
-
Perkandangan Kandang merupakan unsur penting dalam usaha peternakan ayam. Kandang dipergunakan mulai dari awal hingga masa berproduksi. Pad...
-
ABATTOIR DAN TEKNIK PEMOTONGAN TERNAK “RUMAH POTONG UNGGAS (RPU)” OLEH : AGIS CAHYONO. W L1A1 11 025 ...
-
I. PENDAHULUAN Pada ternak mamalia dewasa fluktuasi berbagai hormon reproduksi dikenal sebagai siklus estrus yang terdiri atas ...
-
MANAJEMEN TERNAK POTONG “BIRAHI PADA TERNAK” OLEH : AGIS CAHYONO. W L1A1 11 025 JURUSAN PETERN...
-
Bagian-bagian Telur 1. Yolk (kuning telur) Yolk menyusun 30-33% berat telur. Yolk berbentuk hampir bulat dengan warna kuning sampa...
-
ANESTRUS PADA SAPI Anestrus merupakan suatu keadaan pada hewan betina yang tidak menunjukkan gejala estrus dalam jangka waktu yang l...
-
Peranan HMT Pada Lahan Kritis dan Marginal OLEH : AGIS CAHYONO. W L1A1 11 025 JURUSAN PETERNAKAN FAKULTAS P...
0 komentar:
Posting Komentar